Sunday 30 March 2014

Menjadi Bidadari Syurga

Syurga pasti menjadi matlamat terbesar setiap insan. Wanita pula mengidamkan mahu menjadi bidadari syurga. Bahagia bukan sekadar di dunia yang fana ini malah kala di akhirat nanti, ikuti tipnya;

1. Taat jalani perintah Allah dan suami
Suami perlu memimbing isteri, seandainya isteri gagal melaksanakan amanahnya itu. Justeru, isteri perlu kekal positif agar dapat berlapang dada menerima setiap perintah suami dengan penuh taat. Elemen utama untuk isteri sentiasa positif ialah syukur dan sabar. Syukur dengan kelebihan yang ada pada suami dan sabar dengan kekurangan suami.

2. Menjaga kehormatan diri
Ketika bersama ahli keluarga mahupun teman-temannya, isteri tahu menjaga kehormatan diri. Tahu di mana mahu menyembunyikan aurat mereka. Isteri yang sentiasa menenteramkan hati suami dan menjaga aib suami sentiasa damai dan tenang hatinya.

3. Isteri yang tidak pernah menyakiti hati suami
Seharusnya seorang isteri tidak mengeluarkan kata-kata yang akan membuatkan suami berasa hati atau terhina. Oleh itu, peliharalah pertuturan atau kata-kata agar sentiasa menjadi kesayangan suami.