|
yang mana satu adalah anda? |
Hari ini saya akan kongsikan petua-petua hebat
daripada National Heart Lung and Blood Institute tentang 10 sebab mengapa
badan boleh gemuk. Kenapa berat tak boleh-boleh nak turun..
1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.Untuk memastikan bahawa
berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu
memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada
kadar yang normal dan seimbang.Seimbang ini bermakna nilai kalori dan
tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan
jumlah tenaga yang anda keluarkan.Tenaga atau kalori akan diperoleh
melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui
aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.Justeru, pastikan bahawa anda
sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh
anda.Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.
2. Gaya Hidup yang kurang aktif.
Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan
gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak
aktif.Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan
komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan
dengan risiko penambahan berat badan!Betul, kita tak boleh nak elakkan
hal ni. Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana? Ya,
sebab itu saya katakan, gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup
besar sekali dalam menentukan berat badan anda.Kalau kita lihat juga
dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita
memang tak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan
dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.Kalau dulu atuk-atuk
dan nenek-nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun,
kita hari ni macam mana? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta.
Itulah dunia.
3. Genetik dan faktor keluarga.
Yang ini
semua tak boleh nak elak. Dah emak awak badan besar, dah bapa awak
gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada
(dengan berusaha).Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah
jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.Hasil kajian
mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam
tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu
bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor
keluarga dan genetik.
4. Faktor kesihatan.
Beberapa jenis
penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya
ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing
syndrome danpolycstic ovarian syndrome.Kekurangan hormon tiroid di dalam
tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan
mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara
langsung akan meningkatkan berat badan anda.
5. Ubat-ubatan.
Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti
antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang
diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh
kita.Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan
dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.
6. Faktor emosi.
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya
keseluruhan hidup kita juga akan terganggu, ya kan?Bila anda tertekan,
marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan
mempengaruhi kadar pemakanan anda.Ramai orang yang sedang berada di
dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan
tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.
7. Merokok.
Ya, yang nombor tujuh ni saya rasa sesuai untuk semua yang merokok.
Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.Bukannya apa,
sebab mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan
seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat
meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.Ha, sebab
itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni
banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti
merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih
rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat
untuk dibakar.Kalau dulunya masa merokok, ada nikotin untuk
meningkatkan pembakaran kalori, sekarang dah tak ada. Kalau dulu nikotin
boleh tolong untuk jadi kurus, sekarang dah tak ada.Jadi, sebab itulah
mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar
nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.Walau bagaimanapun
bang, kak, dik, merokok merupakan salah satu tabiat yang amat berbahaya
di dalam kesihatan dan kehidupan kita. Berhentilah merokok, kerana
merokok itu lebih berbahaya jika dibandingkan dengan risiko penambahan
berat badan,Dengan merokok, anda akan meningkatkan kebarangkalian yang
lebih berganda-ganda untuk mendapat pelbagai jenis penyakit dan kanser.
Sebut apa sahaja kanser dan penyakit di dunia, hampir keseluruhan
risikonya ada kaitan dengan merokok.Maka, nasihat saya, berhentilah
merokok.
8. Umur
Bila anda semakin berusia, anda akan mula
kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi
mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung
akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya
meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.Justeru, jika anda gagal
untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah
lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.
9. Mengandung (Hamil)
Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil,
mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi
anak mereka di dalam kandungan.Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa
mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas
melahirkan anak.
10. Kurang tidur.
Ya, kurang tidur pun
masalah. Banyak tidur masalah, kurang tidur pun ada masalah? Betul,
apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat
badan.Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan
mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan
tenaga yang ada di dalam tubuh anda.Contohnya, hormon insulin akan
mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru,
apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan
tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan
penghidap penyakit diabetes.Lagi? Ya, apabila anda mendapat kurang tidur
secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi
di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini
merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera
makan anda.Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan
memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon
leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda.
|
sihat |
|
SlymRich Blueberry Diet Fiber |
|
SlymRich Blueberry Diet Fiber |
BERMINAT...???
HUBUNGI SARAH 012-2287784
FB: www.facebook.com/sarahketue