DON'T FORGET! |
Banyak faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah
mudah lupa. Sama ada akibat penyakit tertentu, stress, kurang mendapat tidur
berkualiti atau faktor keletihan.
Bagi membantu menangani masalah ini, mulakan dengan
memastikan badan kita dijaga dengan baik terlebih dahulu. Dapatkan tidur yang cukup
iaitu 7 hingga 8 jam bagi orang dewasa, melakukan aktiviti senaman
sekurang-kuangnya 30 minit sehari dan belajar tenik menarik dan menghembus
nafas dalam dengan lebih efesien dan pastikan minum air masak
sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Kesemua aktiviti ini membantu dalam memperbaiki
pengaliran darah yang lancar ke otak seterusnya membantu otak kita supaya
berfungsi secara optimum.
LUPA? |
Dari segi pemakanan pula, adalah penting untuk meningkatkan
pengambilan makanan yang mampu meransang kelancaran darah ke dalam otak dan
meningkatkan kualiti profil darah kerana darah merupakan kenderaan utama
mengangkut oksigen dan zat-zat yang diperlukan oleh badan dan juga otak
manusia.
Dalam masa yang sama juga kita hendaklah mengelakkan
ataupun mengurangkan makanan yang berisiko mengganggu kelancaran perjalanan
darah ke organ penting ini. Pastikan setiap hari kita mengambil dua sajian
buah-buahan dan tiga sajian sayur-sayuran.
Pengambilan yang mencukupi setiap hari dan pelbagai,
memastikan vitamin, antioksidan dan bahan fitokimia yang terkandung di dalam
buah-buhan dan sayuran ini membantu meningkatkan kecekapan fungsi otak. Di
samping itu kurangkan pengambilan makanan dan minuman tinggi gula dan berminyak
serta elakkan dari menghidu asap rokok kerana ia antara faktor yang boleh
mengganggu kelancaran darah ke otak jika diamalkan dalam jangka masa yang
panjang.
PRODUK EHPS |
HUBUNGI SARAH 012-2287784
FB: www.facebook.com/sarahketue
No comments:
Post a Comment