Thursday 10 April 2014

Fungsi Kolagen

1. Menghasilkan asid amino penting seperti lysin, protein dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu sokongan dan mengawal fungsi sel.

2. Hydroxyprolin memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu sokongan dan tulang glisin melembabkan kulit.

3. Alanin, prolin dan asparagin menstabilkan struktur, melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.

4. Arginin memudahkan tidur nyenyak dan menghasilkan pola tidur.

5. Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.

6. Menampung air dalam tubuh.

7. Meningkatkan penyerapan kalsium.

8. Menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit.

9. Menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik.

TAHUKAN ANDA, SEMUA INI ANDA DAPAT PEROLEHI DENGAN PENGAMBILAN SKINRICH SEVEN AGELESS ESSENCE...?

SkinRich Seven AgelessEssence diformulasikan daripada bahan-bahan ajaib yang terkenal sebagai rahsia awet muda dan mampu merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat, ekzema dan psiriosis.

1. Buah manggis

2. Buah delima

3. Buah tomato

4. Ekstrak biji anggur - melambatkan proses penuaan awal

5. Ekstrak biji apricot

6. Ekstrak aloe vera - meningkatkan kelembapan/kelembutan semulajadi kulit dan mengelakkan kekeringan kulit (hidrasi)

7. Ekstrak Argan

8. Astaxanthin bagi mengurangi garis halus serta tanda2 awal penuaan

9. Kolegen dari ikan laut dalam - mengukuhkan kesihatan sendi tulang dan tisu rawan juga menganjalkan kulit

10. Maqui Berry - menguatkan fungsi kekuatan tulang dan sendi (bagus untuk pesakit artritis/gout)

BERMINAT...???

Sila hubungi Sarah 012 228 7784

FB: www.facebook.com/sarahketue








Wednesday 2 April 2014

Punca Kesihatan Vagina Terjejas

Vagina adalah laluan otot tertutup yang disambung daripada vulva - bahagian luar kawasan genital wanita - ke leher uterus. Pelbagai faktor boleh memberi kesan pada vagina. Antaranya ialah,

1. Seks haram
Anda mungkin mendapat penyakit jangkitan seksual jika melakukannya tanpa pernikahan yang sah. Islam mengharamkan zina supaya umatnya selamat dari penyakit seksual dan terpelihara zuriat keturunan.

2. Seks agresif atau keretakan pelvis
Seks yang dipaksa atau kecederaan pada kawasan pelvis boleh memberi trauma pada vagina. 

3. Masalah kesihatan tertentu
Diabetes dan sindrom sjogren boleh menyebabkan kekeringan vagina

4. Produk pencuci wanita dan ubatan
Penggunaan antibiotik pada jangka panjang mampu meningkatkan risiko jangkitan yis pada vagina. Antihistamin tertentu boleh menyebabkan kekeringan vagina. Tampon yang memiliki serapan paling kuat mampu membawa kepada sindrom kejutan toksik, satu komplikasi jangkitan bakteria yang membahayakan nyawa namun jarang berlaku. 

5. Produk-produk mengawal kelahiran
Spermicide dan gegelung vagina boleh menyebabkan kerengsaan vagina. Menggunakan diafragma atau span kontraseptif mungkin boleh memberi risiko kepada sindrom kejutan toksik. 

6. Kehamilan dan kelahiran bayi
Ketika hamil haid akan berhenti sehingga bayi dilahirkan. Semasa hamil, cairan dari vagina kerap meningkat. Koyakan pada vagina biasa berlaku semasa kelahiran. Dalam sesetengah kes, episiotomi- satu insisi yang dibuat dalam tisu antara pembukaan vagina dan anus semasa kelahiran- amat diperlukan. Kelahiran melalui vagina juga boleh mengurangkan kekuatan otot pada vagina. 

7. Isu-isu psikologi
Kegelisahan dan kemurungan boleh menyumbang kepada tahap rendah rasa ghairah dan membawa rasa tidak selesa atau sakit semasa hubungan seksual. Trauma seperti penderaan seksual atau pengalaman melakukan seksual yang menyakitkan juga boleh membawa kepada rasa sakit yang dikaitkan dengan hubungan seksual. 

8. Tua
Vagina kehilangan keanjalan selepas menopaus- penghujung haid dan kesuburan. 

9. Tahap-tahap hormon
Perubahan dalam tahap hormon boleh memberi kesan pada vagina. Sebagai contoh, penghasilan estrogen menurun selepas menopaus, selepas kelahiran dan semasa menyusukan bayi. Kehilangan estrogen boleh menyebabkan pelapik vagina untuk menipis sekaligus menjadikan hubungan seksual amat sakit ketika dilakukan.

Sangatlah penting bagi setiap wanita menjaga kesihatan vagina dan rahim mereka sejak awal, jangan tunggu sehingga kesihatan vagina terjejas baru hendak bertindak. 

BERMINAT DENGAN SUPERRICH PUTERI VANILLA (SPV)..?
Hubungi Sarah 012 228 7784
http://www.facebook.com/sarahketue



Sunday 30 March 2014

Menjadi Bidadari Syurga

Syurga pasti menjadi matlamat terbesar setiap insan. Wanita pula mengidamkan mahu menjadi bidadari syurga. Bahagia bukan sekadar di dunia yang fana ini malah kala di akhirat nanti, ikuti tipnya;

1. Taat jalani perintah Allah dan suami
Suami perlu memimbing isteri, seandainya isteri gagal melaksanakan amanahnya itu. Justeru, isteri perlu kekal positif agar dapat berlapang dada menerima setiap perintah suami dengan penuh taat. Elemen utama untuk isteri sentiasa positif ialah syukur dan sabar. Syukur dengan kelebihan yang ada pada suami dan sabar dengan kekurangan suami.

2. Menjaga kehormatan diri
Ketika bersama ahli keluarga mahupun teman-temannya, isteri tahu menjaga kehormatan diri. Tahu di mana mahu menyembunyikan aurat mereka. Isteri yang sentiasa menenteramkan hati suami dan menjaga aib suami sentiasa damai dan tenang hatinya.

3. Isteri yang tidak pernah menyakiti hati suami
Seharusnya seorang isteri tidak mengeluarkan kata-kata yang akan membuatkan suami berasa hati atau terhina. Oleh itu, peliharalah pertuturan atau kata-kata agar sentiasa menjadi kesayangan suami.


Friday 21 February 2014

10 PUNCA KEGEMUKKAN

yang mana satu adalah anda?
Hari ini saya akan kongsikan petua-petua hebat daripada National Heart Lung and Blood Institute tentang 10 sebab mengapa badan boleh gemuk. Kenapa berat tak boleh-boleh nak turun..

1. Tenaga yang tidak seimbang di dalam badan.Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada di dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang.Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.Tenaga atau kalori akan diperoleh melalui pemakanan manakala ianya akan dikeluarkan melalui aktiviti-aktiviti, senaman dan sebagainya.Justeru, pastikan bahawa anda sentiasa menyeimbangkan nilai kalori dan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.Banyakkan aktiviti riadah, kurangkanlah pengambilan kalori.

2. Gaya Hidup yang kurang aktif.
Ini ramai yang buat. Ramai di kalangan kita yang sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Ringkasnya, gaya hidup yang tak aktif.Mengikut kajian, dengan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer selama dua jam sehari secara berterusan, boleh dikaitkan dengan risiko penambahan berat badan!Betul, kita tak boleh nak elakkan hal ni. Dah aku kerja memang menghadap komputer, nak buat macamana? Ya, sebab itu saya katakan, gaya hidup ini juga memainkan peranan yang cukup besar sekali dalam menentukan berat badan anda.Kalau kita lihat juga dengan pembangunan ekonomi negara kita dan dunialah secara amnya, kita memang tak boleh nak menyangkal bahawa dunia semakin mengorak ke depan dan maju. Gaya hidup pun dah semakin jauh berubah.Kalau dulu atuk-atuk dan nenek-nenek kita mampu berjalan beratus-ratus meter untuk ke kebun, kita hari ni macam mana? Ke kedai nak beli surat khabar pun naik kereta. Itulah dunia.

3. Genetik dan faktor keluarga.
Yang ini semua tak boleh nak elak. Dah emak awak badan besar, dah bapa awak gemuk, nak buat macam mana? Kena terimalah. Redha sajalah apa yang ada (dengan berusaha).Ya, kebarangkalian untuk anda menjadi gemuk adalah jauh lebih tinggi jika kedua ibu bapa anda turut gemuk.Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembetukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak-lemak itu bakal terkumpul di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

4. Faktor kesihatan.
Beberapa jenis penyakit juga dikaitkan dengan faktor kegemukan. Antaranya ialah hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh), cushing syndrome danpolycstic ovarian syndrome.Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme di dalam badan. Ini akan mengurangkan lagi nilai-nilai tenaga yang akan dikeluarkan, dan secara langsung akan meningkatkan berat badan anda.

5. Ubat-ubatan.
Ubat yang anda gunakan juga boleh mempengaruhi akan berat badan seperti antidepresi, corticosteroid dan sebagainya. Sesetengah ubat yang diambil boleh merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh kita.Ada juga yang secara tidak langsung mampu meningkatkan selera makan dan meningkatkan pengumpulan jumlah air di dalam tubuh.

6. Faktor emosi.
Emosi juga memainkan peranan. Bila emosi kita terganggu, biasanya keseluruhan hidup kita juga akan terganggu, ya kan?Bila anda tertekan, marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda.Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup, untuk menghilangkan stres mereka ketika itu.

7. Merokok.
Ya, yang nombor tujuh ni saya rasa sesuai untuk semua yang merokok. Boleh juga dikatakan berita gembira buat mereka semua.Bukannya apa, sebab mengikut kajian, merokok ini dapat mengurangkan berat badan seseorang. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok itu dapat meningkatkan lagi kadar pembakaran kalori di dalam tubuh.Ha, sebab itulah kita selalu lihat ramai kawan-kawan kita yang berhenti merokok ni banyak selera makan. Sebab apa, ya? Ini kerana apabila mereka berhenti merokok, badan mereka akan membakar kalori dengan kadar yang lebih rendah, lebih lambat berbanding sebelumnya. Lemak-lemak pun lebih lambat untuk dibakar.Kalau dulunya masa merokok, ada nikotin untuk meningkatkan pembakaran kalori, sekarang dah tak ada. Kalau dulu nikotin boleh tolong untuk jadi kurus, sekarang dah tak ada.Jadi, sebab itulah mereka lebih gemuk selepas berhenti merokok, kerana mereka membakar nilai kalori lebih rendah setelah berhenti merokok.Walau bagaimanapun bang, kak, dik, merokok merupakan salah satu tabiat yang amat berbahaya di dalam kesihatan dan kehidupan kita. Berhentilah merokok, kerana merokok itu lebih berbahaya jika dibandingkan dengan risiko penambahan berat badan,Dengan merokok, anda akan meningkatkan kebarangkalian yang lebih berganda-ganda untuk mendapat pelbagai jenis penyakit dan kanser. Sebut apa sahaja kanser dan penyakit di dunia, hampir keseluruhan risikonya ada kaitan dengan merokok.Maka, nasihat saya, berhentilah merokok.

8. Umur
Bila anda semakin berusia, anda akan mula kehilangan nilai dan kuantiti otot-otot anda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang aktif. Kekurangan otot-otot secara tidak langsung akan merendahkan kadar pembakaran kalori di dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan lagi risiko penambahan berat badan.Justeru, jika anda gagal untuk menurunkan nilai kalori yang ada di dalam tubuh anda, anda adalah lebih berisiko untuk mendapat kegemukan.

9. Mengandung (Hamil)
Mengandung juga mempengaruhi kadar kegemukan anda. Ketika wanita hamil, mereka memerlukan lebih tenaga dan kalori untuk turut sama diperolehi anak mereka di dalam kandungan.Ramai wanita-wanita yang mengadu bahawa mereka sukar untuk mengembalikan berat badan mereka yang ideal selepas melahirkan anak.

10. Kurang tidur.
Ya, kurang tidur pun masalah. Banyak tidur masalah, kurang tidur pun ada masalah? Betul, apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.Lagi? Ya, apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda.
sihat
SlymRich Blueberry Diet Fiber

SlymRich Blueberry Diet Fiber
BERMINAT...???
HUBUNGI SARAH 012-2287784
FB: www.facebook.com/sarahketue

Thursday 20 February 2014

ATASI MASALAH LUPA

DON'T FORGET!


Banyak faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah mudah lupa. Sama ada akibat penyakit tertentu, stress, kurang mendapat tidur berkualiti atau faktor keletihan.

Bagi membantu menangani masalah ini, mulakan dengan memastikan badan kita dijaga dengan baik terlebih dahulu. Dapatkan tidur yang cukup iaitu 7 hingga 8 jam bagi orang dewasa, melakukan aktiviti senaman sekurang-kuangnya 30 minit sehari dan belajar tenik menarik dan menghembus nafas dalam dengan lebih efesien dan pastikan minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

Kesemua aktiviti ini membantu dalam memperbaiki pengaliran darah yang lancar ke otak seterusnya membantu otak kita supaya berfungsi secara optimum.

LUPA?
Dari segi pemakanan pula, adalah penting untuk meningkatkan pengambilan makanan yang mampu meransang kelancaran darah ke dalam otak dan meningkatkan kualiti profil darah kerana darah merupakan kenderaan utama mengangkut oksigen dan zat-zat yang diperlukan oleh badan dan juga otak manusia.

Dalam masa yang sama juga kita hendaklah mengelakkan ataupun mengurangkan makanan yang berisiko mengganggu kelancaran perjalanan darah ke organ penting ini. Pastikan setiap hari kita mengambil dua sajian buah-buahan dan tiga sajian sayur-sayuran.

Pengambilan yang mencukupi setiap hari dan pelbagai, memastikan vitamin, antioksidan dan bahan fitokimia yang terkandung di dalam buah-buhan dan sayuran ini membantu meningkatkan kecekapan fungsi otak. Di samping itu kurangkan pengambilan makanan dan minuman tinggi gula dan berminyak serta elakkan dari menghidu asap rokok kerana ia antara faktor yang boleh mengganggu kelancaran darah ke otak jika diamalkan dalam jangka masa yang panjang.

PRODUK EHPS
BERMINAT..???

HUBUNGI SARAH 012-2287784
FB: www.facebook.com/sarahketue
 

Friday 14 February 2014

FAKTOR SUKAR HAMIL

baby dan ibu

ANDA ADA MASALAH INI???????

WANITA yang bukan sahaja cantik, comel, berbudi bahasa bahkan subur pasti akan menjadi igauan dan impian setiap lelaki. Tiada yang lebih dibanggakan seorang suami daripada ini semua, terutama bab ‘subur’ itu..

faktor wanita tidak subur
Sebagai wanita pula, anda patut tahu apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu tidak subur dan sukar hamil. Agar sedikit sebanyak anda boleh mendapat idea daripadanya untuk langkah seterusnya kelak.
hamil


Berikut lima faktor kenapa wanita tidak subur:
 

Ovulasi
Mengungguli senarai faktor kenapa wanita tidak subur adalah tiadanya ovulasi atau kekurangan ovulasi. Dalam erti yang mudah – pengeluaran telur daripada ovari adalah rendah atau tiada langsung. Penyebab biasa masalah ini ialah, PCOS atau penyakit polisistik ovari.

Berat badan
Wanita yang terlalu berat atau terlalu kurus juga dikenalpasti sebagai faktor sukar hamil. Jadi langkah terbaik adalah dengan mendapatkan berat badan unggul.
 

Usia
Umur sekitar 35 tahun ke atas adalah masa yang dianggap sebagai berkurangnya kesuburan wanita secara alamai. Hamil selepas 45 tahun adalah amat jarang berlaku walaupun tidaklah mustahil.

Masalah Di Tiub Fallopio
Ketidakbolehan tiub falopio membawa telur ke ke uterus daripada ovari juga menjadi punca. Mungkin sisebabkan tisu berparut atau jangkitan terdahulu atau endometrisis.

Masalah- Masalah Lain
Ini termasuklah pertumbuhan fibroid, tumor, masalah serviks dan bentuk uterine tidak tetap. Walaubagaimanapun, masalah-masalah ini agak jarang terjadi kepada wanita normal.

Kepada pembaca wanita, jangalah berputus asa. Usaha dahulu sebelum menyerah pada takdir. Jika masalah ovulasi, perubatan kita pada masa kini sudah mempunyai penyelesainnya. Jangan bimbang..

Apa yang paling penting, jangan berasa malu atau segan mengakui kelemahan diri. Atasi perasaan seperti itu dan beranikan diri untuk berjumpa dengan pakar perubatan. Perbincangan dengan suami dalam hal ini amat dituntut dan di sinilah letaknya persefahaman yang dijanjikan sewaktu bercinta dahulu.

Selain dari itu, SuperRich Puteri Vanilla (SPV) juga boleh membantu menyelesaikan masalah anda. Dengan izin Allah.. Dah ramai pelanggan kami yang berjaya hamil dengan mengamalkan SPV secara konsisten. Selepas itu, jangan lupa untuk berdoa memohon kepada yang Esa dan tawakkal. InshaAllah..

Apa ditunggu lagi, cuba sekarang.. IT'S NOW OR NEVER.

Sumber Asal: 5 Faktor Kenapa Wanita Tidak Subur

Testimoni SuperRich Puteri Vanilla

Testimoni SuperRich Puteri Vanilla
Testimoni SuperRich Puteri Vanilla

Testimoni SuperRich Puteri Vanilla
Testimoni SuperRich Puteri Vanilla

Testimoni SuperRich Puteri Vanilla
Dapatkan SPV segera,,,! Hanya RM69.00 sahaja

 BERMINAT..?
HUBUNGI SARAH 012-2287784

BANYAK LAGI TESTIMONI DI:
www.facebook.com/SSaraheStall

Sunday 9 February 2014

DARI MULUT TURUN KE JANTUNG

senyumlah kepada dunia, dunia akan senyum kembali kepada anda


Pastikan mulut bersih
Setiap hari mulut menjalankan tugasnya sebagai laluan makan dan minum. Jadi tidak hairanlah kawasan mulut merupakan tempat paling selesa untuk dihuni oleh dua jenis bakteria oral iaitu Tannerella forsynthesis dan Preventella intermedia. Semakin banyak bakteria di dalam mulut, semakin  tinggi risiko anda untuk diserang penyakit jantung!

mulut adalah laluan pelbagai makanan dan minuman
Pengaruh kebersihan mulut memainkan peranan bagi mengelakkan jangkitan kuman berlaku di gusi dan menyebabkan penebalan arteri. Difahamkan, ia sangat berkait rapat dengan artherosclerosis yang menjadi faktor utama seseorang diserang penyakit jantung dan strok.

Ketawa elak arteri tersumbat
Jangan sesekali berada dalam keadaan tertekan. Begitu juga dengan penjaga dan orang disekelilingnya. Elakkan memberi tekanan dan menunjukkan rasa tidak ceria.

bergembiralah
Bergembiralah selagi mampu, dengan ketawa dan senyum sentiasa membolehkan anda kelihatan muda lebih 10 tahun daripada usia sebenar!  Malah, ketawa juga membuatkan darah anda berjalan lancar tanpa mengalami masalah arteri tersumbat.

Produk EHPS yang boleh didapati, hubungi segera..!