Berlari |
Berlari sepatutnya meningkatkan tahap kesihatan anda.
Namun laporan yang diterbitkan dalam Medicine
and Science in Sports and Exercise, mendedahkan sehingga 56% pelari
berdepan kecederaan berulang seperti di bahagian tulang kering dan lutut setiap
tahun.
Cara lari yang betul |
Kemungkinan cara anda berlari menjadi puncanya. Pelari
yang berlari dengan bahagian depan kaki menyentuh tanah dahulu kurang mengalami
kecederaan lutut, berbanding mereka yang berlari dengan tumit dan belakang
tapak kaki menyentuh tanah terlebih dahulu.
Jangan jatuhkan tumit dahulu |
Sebelum menukar cara larian (yang memakan masa antara
lapan minggu hingga enam bulan) apa kata anda mencuba cara yang lebih ringkas
untuk melindungi lutut sewaktu berlari. Ambil langkah kecil dan pantas untuk
mengurangkan impak tekanan pada lutut.
Dinasihatkan, pelari melakukan latihan kekuatan, kajian
menunjukkan menguatkan otot gluteus medius (tepi pinggul) cukup kritikal kerana
ia berperanan menstabilkan lutut dan pinggul sewaktu anda memijak dengan satu
kaki tatkala berlari. Jika tidak kuat ia cenderung untuk tercedera.
Hubungi Sarah segera untuk dapatkan Produk EHPS yang HEBAT...! |