Petua Kecantikan Menggunakan Tomato |
Selain dijadikan ramuan masakan, tomato juga digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan. Khasiat yang terkandung di dalamnya dikatakan dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kulit.
1.
Masalah jerawat
Lenyek tomato dan sapukan pada
seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat. Biarkan ia kering pada wajah
atau dalam anggaran 30-40 minit. Kemudian, bilas dengan air suam, lakukan dua
kali seminggu.
2.
Memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah
Potong tomato kepada dua
bahagian. Ambil separuh dan sapukan pada wajah bermasalah. Jika dilakukan
konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.
3.
Pori-pori terlalu ketara
Campurkan sedikit air perahan
tomato di dalam putih telur. Sapu pada wajah dan biarkan ia kering. Selepas
itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Kemudian, barulah bilas
wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini dikatakan dapat mengecilkan liang
pori kulit wajah.
4.
Kulit kering dan suram
Campurkan air perahan tomato
dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai masker dan sapu pada keseluruhan
wajah. Biarkan ia kering kira-kira 30 minit. Bilas dengan air suam, kulit bukan
sahaja lembap malah berseri.
5.
Tona kulit tidak sekata
Campurkan jus tomato dan madu,
sapukan bahan tersebut pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam
yang dicampurkan dengan air perahan limau nipis.
6.
Lemak berlebihan
Amalkan makan buah tomato pada
waktu pagi. Ia dikatakan mampu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus tomato
juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat
badan. Minum jus 15 minit sebelum makan, ia akan membuatkan anda berasa
kenyang.
7.
Kulit bersisik
Lenyek tomato dan lumur pada
seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air
bersih. Lakukan seminggu sekali.
8.
Rambut bercabang
Lumur rambut dengan jus tomato,
dan balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
9.
Masalah kelumumur
Lenyek tomato dan sapukan di
bahagian kulit kepala untuk merawat masalah kelumumur. Lakukan selama 15-20
minit, kemudian bilas dengan air bersih.
10.
Lingkaran hitam bawah mata
Lekapkan mata dengan hirisan
tomato yang disalut dengan yogurt asli. Ia akan mengurangkan kesan gelap dan
membuatkan kulit cerah.
Wahhh… Hebat buah merah yang cantik licin ni… Tapi berapa
ramai yang rajin dan ada masa nak amalkan petua-petua ni..?
Jangan bimbang, dengan kemajuan teknologi terkini, anda
boleh memanfaatkan khasiat tomato dengan cara mudah, sedap dan kesan yang cepat…
Inilah supplement pujaan ramai… SkinRich..!!!
SkinRich Seven Ageless Essence keluaran EHPS |
Testimoni SkinRich Seven Ageless Essence |
Testimoni SkinRich Seven Ageless Essence |
Testimoni SkinRich Seven Ageless Essence |
Testimoni SkinRich Seven Ageless Essence |
Testimoni SkinRich Seven Ageless Essence |
Testimoni SkinRich Seven Ageless Essence |
BERMINAT...???
Hubungi 012-2287784 Sarah
www.facebook.com/SSaraheStall
No comments:
Post a Comment