Friday 31 January 2014

BETULKAN CARA BERLARI

Berlari


Berlari sepatutnya meningkatkan tahap kesihatan anda. Namun laporan yang diterbitkan dalam Medicine and Science in Sports and Exercise, mendedahkan sehingga 56% pelari berdepan kecederaan berulang seperti di bahagian tulang kering dan lutut setiap tahun.
Cara lari yang betul

Kemungkinan cara anda berlari menjadi puncanya. Pelari yang berlari dengan bahagian depan kaki menyentuh tanah dahulu kurang mengalami kecederaan lutut, berbanding mereka yang berlari dengan tumit dan belakang tapak kaki menyentuh tanah terlebih dahulu.

Jangan jatuhkan tumit dahulu
Sebelum menukar cara larian (yang memakan masa antara lapan minggu hingga enam bulan) apa kata anda mencuba cara yang lebih ringkas untuk melindungi lutut sewaktu berlari. Ambil langkah kecil dan pantas untuk mengurangkan impak tekanan pada lutut.

Dinasihatkan, pelari melakukan latihan kekuatan, kajian menunjukkan menguatkan otot gluteus medius (tepi pinggul) cukup kritikal kerana ia berperanan menstabilkan lutut dan pinggul sewaktu anda memijak dengan satu kaki tatkala berlari. Jika tidak kuat ia cenderung untuk tercedera.


Hubungi Sarah segera untuk dapatkan Produk EHPS yang HEBAT...!

No comments:

Post a Comment