Pernah rasa badan letih sepanjang hari walaupun tidak buat apa-apa kerja berat..? Rasa letih itu terasa seawal bangun tidur sehingga ke malam… Rasa nak baring dan mengantuk sahaja… Berikut antara punca rasa letih itu:
Waktu tidur tidak teratur
Mengikut kajian, orang dewasa memerlukan tidur
sekurang-kurangnya 6 jam. Jika anda rasa tidur tidak mencukupi dicadangkan
rancang jadual waktu tidur yang teratur. Sebaiknya, jauhkan apa sahaja gajet
seperti telefon, tablet, computer riba dan macam-macam lagi dari lokasi katil
anda.
Kualiti tidur terganggu
Ramai yang fikir mereka sudah mendapat rehat yang cukup setelah
tidur lebih dari 8 jam. Tetapi hakikatnya ada masalah yang berlaku di sebalik
tanggapan itu. Gejala ‘Sleep Apnea’ adalah gangguan tidur yang disertai dengan
kesukaran pernafasan di mana keduanya berlaku secara berulang. Ia menyebabkan
kualiti tidur anda menurun.
Kekurangan tenaga
Kurang makan menyebabkan tubuh keletihan. Begitu juga
sekiranya anda mengambil makanan yang salah dari sepatutnya. Diet seimbang
membuatkan kadar gula dalam darah berada di tahap normal sekali gus mengelakkan
rasa penat yang biasanya terjadi sewaktu tekanan darah menurun. Bagi
mengatasinya, usah sekali-kali mengabaikan sarapan pagi dan tambah makanan
berprotien serta karbohidrat dalam diet harian.
Anemia
Anemia adalah punca utama yang membuatkan wanita mudah
letih. Darah yang banyak keluar sewaktu
haid mengakibatkan kurangnya zat-zat besi. Ditambah pula sel darah merah amat
diperlukan oleh tubuh bagi membekalkan oksigen yang mencukupi kepada setiap
organ. Oleh itu, anda perlu mengambil sedikit makanan tambahan.
Tekanan
Sekiranya anda merasa penat dan murung lebih dari dua
minggu maka segeralah dapatkan khidmat nasihat daripada doctor bertauliah
kerana setiap penyakit memang ada ubatnya.
Penyakit Hypothyroidism
Tiroid adalah sejenis kelenjar kecil yang berada di
pangkal leher. Organ ini secara tidak langsung berfungsi untuk mengendalikan metabolism
sekali gus mengatur kecepatan tubuh dalam menukar makanan kepada tenaga.
Apabila kelenjar ini tidak dapat berfungsi dengan baik maka seluruh metabolism tubuh menjadi lambat.
Disebabkan itulah berlakunya masalah kegemukan dan kekurangan oksigen.
Kurangkan minuman berkafein
Mengambil kafein dalam jumlah terkawal dikatakan mampu
meningkatkan tahap tumpuan. Namun, sekiranya diambil berlebihan ia boleh
meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah serta kekjangan.
Kekurangan air
Boleh jadi anda sebenarnya kekurangan air. Meskipun tugas
anda di luar atau di dalam pejabat, tubuh tetap memerlukan air untuk
menjalankan tugas dengan baik dan tenang. Antara tanda ketara bahawa anda
kekurangan air ialah sentiasa berasa haus. Sebaiknya minum banyak air sehingga
warna urin kembali terang setidak-tidaknya dua gelas air setiap jam. Sekiranya
aktiviti yang dijalani agak berat maka lebihkan jumlah air dari yang sepatutnya.
Punca Tubuh Sentiasa Letih |
ATAU
Anda boleh cuba minuman pemberi tenaga, mengenyangkan
dan mencantikkan kulit ini… SuperRich Mocha yang sedap dan akan buatkan anda
jatuh hati dengannya...
SuperRich Mocha keluaran EHPS |
Testimoni SuperRich Mocha |
Testimoni SuperRich Mocha |
SMS/whatsapp 012-2287784 Sarah
www.facebook.com/SSaraheStall
No comments:
Post a Comment